Assalammualaikum! Hi u'olls~ *mmuah sikett* hahaha Q dah lama sangat nak update entry tentang WISHLIST Q yang sudah pon tercapai pada tahun 2015 ni tapi memandangkan Q ni individu yang menghidap penyakit angin ribut taufan pushh pushh dari bulan november bawaklah ke disember, mood pelangi dihujani bintang-bintang tetap jugak tak kunjung tiba.
Jadi berbekal kan keazaman menggunung setinggi bukit everest Q berjaya tampor diri sendiri bagi sedar sikit! Hahaha yelah, tak mo la cerita wishlist yang best ni tersimpan buat pekasam sampai 2016 pulak kan?
Haha dah! dah! Okeh! stop all that nonsense mumbling nyotnyet nyotnyet kan, jom lah terus direct to the point citer tentang macam mana Q berjaya pergi ke 2015 INFINITE 2nd WORLD TOUR INFINITE EFFECT in SINGAPORE!
Okeh, ni lah abang-abang PINIT pujaan hati beta XD
Permulaan sahaja, impian wishlist kami ni hampir-hampir kecundang kerana pihak Woolim dah pon keluarkan announcement part 1 senarai negara-negara abang2 PINIT akan pergi, DAN tersangat lah sedih Malaysia tak pun tersenarai dalam announcement part 1.
Bermula dengan announcement ni, Q dan Aza mula la meroyan tengah malam, sebab kami memang pasang harapan yang tinggi untuk pergi konsert mereka, bayangkan lah kami mula membuat wishlist ni dari 3 tahun yang lalu (masa kami begelar student lagi) but now bila kami rasa boleh pergi sebab sudah pon bekerja abang-abang pinit ku xmo pulak datang ke Malaysia! whyyyy???? T^T
Berminggu jugak kami berbincang sama ada nak tunggu sahaja 2nd Announcement in case ada lah miracle tetiba Woolim datang pulak Malaysia or cari jalan lain? atau lebih senang.. lupakan sahaja wishlist kami ni luput di telan tahun? sob..sob..sob..
Sebab tak puas hati punya pasal Q pon explore dan explore lagi, Q jumpa beberapa jalan yang best sama ada Jakarta or Singapore? So kami mula bincang (banyak kali) mana jalan yang mudah untuk kami pergi memandangkan kalau plan ni jadi , kira ini adalah trip pertama kami pergi jauh (luar negara). Then tambah lagi menakutkan macam mana nak bagitahu umi yang Q nak pergi Singapore or Jakarta untuk melihat abang-abang Pinit?? how? Jangan lupa faktor paling utama ongkos nya tuh, hihi
Tapi macam dah ditakdirkan *ececececeh!!* Q terjumpa satu fan base Malaysia yang uruskan bermula dengan pembelian tiket beserta dengan pengangkutan pergi balik ke konsert! kira whole pakej! Dan tambah lagi melegakan untuk konsert INFINITE kali ini the whole concert are seated! Kira tak ada lah nak berebut or nak bersentuh sana sini yang tak patut kan? yeayyyy!
Dan bila semuanya kami rasa berjalan lancar seperti yang dirancang. Tiba-tiba, pihak fan base yang kami cadang untuk sertai ni pendekkan masa untuk collection duit. huhu tambah MALANG lagi, kami berdua masih lagi belum terima gaji. Sebab masa tu Q dah pon pokai keluarkan duit untuk graduation day Q. Jadi kami terpaksa terima takdir mungkin kami memang tak dapat tunaikan wishlist kami. Masa ni dah redha dan fikir kami dah cuba sedaya upaya nak tunaikan wishlist ni tapi mungkin bukan rezeki kami kali ni. (T^T)
Beberapa hari lepas tu, nak ubat hati yang sedih merana ni, Q pon tengok lah page facebook AC Music Entertainment (pihak yang menguruskan konsert INFINITE di Singapore) saja nak tengok jualan tiket dan kedudukan kerusi di dalam konsert.
Dan!!! Tetiba Q terjumpa seorang rakan yang masih lagi menjual tiket konsert INFINITE EFFECT untuk group Malaysia ^^ Thank you kak Aqilah, thank you pada page (Infinite (인피니트) - Inspirit Malaysia) sebab uruskan semua tentang urusan pembelian tiket Q dan Aza hihi..tanpa akak, wishlist kami ni kelaut agak nya, hahahaha !!! maka apa lagi kan? ber huhuhu hahahaha senyum kambing lah kami selama sebulan lebih menantikan tarikh untuk berjumpa abang-abang Pinit! Infinite oppa!!! here we come!!!!
Our precious ticket!kyaaaaa naseb la tak lunyai sebab habis dipeluk ditatap direnung oleh Q
Minggu akhir sebelum Q nak pergi ke konsert bersama Aza sebenarnya banyak sangat cabaran,yang Q kena hadapi. Q kena yakinkan umi yang Q can take care of myself beside I have my best buddy Aza with me, pastu kena tahan sikit telinga mendengar bebelan abang Q (naseb anak bongsu) dan tambah membuatkan Q jadi gila bila ada masalah dengan bos kedek Q tu. Tak lupa jugak dengan mata wang kita yang jatuh, juz pikir how much yang Q kena convert untuk bajet kesana! Sadis betul!
But hey, semua tu Q jalani dengan penuh senyuman sebab i will meet my other half Aza serta abang-abang Pinit ku!!! Demi wishlist kami!!
13 November 2015 :
Pejam celik, pejam celik hari yang kami nantikan dah pon tiba! Tak tahu macam mana nak cakap the whole day rasa macam bermimpi jer, juz imagine kurang 24 jam lagi Q akan jumpa depan mata Q then Q akan tengok diorang perform live!!
tiket konsert? Adaaaaa! passport? Adaaaa! Instax mini8? Adaaaa!! So apa tunggu lagi? lets go bebeh!
Sampai sahajadi Larkin, Q n Aza sama-sama menunggu kak Fauziah untuk pergi ke JB Sentral, Kak Fauziah ni Q juz kenal di dalam group Inspirit Malaysia :)
Taraa!! yang pakai tudung bebunga tu, inilah kak Fauziah yang comel tu, actually kami baru jer jumpa beberapa minit masa pic ni di ambil, tapi masuk kereta kak fauziah jer, masing-masing bercerita pasal abang-abang pinit ni. hahaha *believe me this happen bila berjumpa dengan fan girl yang minat same group!*
Lebih kurang dalam pukul 5, kami dah pun sampai di SUNTEC Singapore! kondisi hati masa ni jangan cakap la, berdebar sangat! Paling best bila semua masalah automatik lupa, tertinggal kat Malaysia agaknya! hehehe Q n Aza masing-masing tak reti duduk diam, that time kami rasa ayat tiga tahun lepas macam berputar jer dalam otak, teringat zaman masa kami karaoke dalam rumah sewa dan berangan untuk lihat sama-sama INFINITE perform live di depan mata. But now semua tu akan happen tak lama jer lagi! huwaaaaaaa *jerit sepenuh hati*
Sampai sahaja kami di SUNTEC Singapore, kami terus jer naik ke 6th floor. Sampai di situ Q dah mula nampak ramai manusia spesis Q n Aza berkumpul hahaha!!
Suasana memang meriah! Banyak fansite-fansite unnie yang jual goodies kat luar konsert hall, ada juga crew staff yang jual INFINITE Official Merchandise eh banyak lagi! *tak dapat nak ungkap dengan kata-kata suasana masa tu* Meh Q belanja siket gambar kat situ :
Posing sekejap depan gamba pujaan hati pengarang jantung intan payung purnama mengambang Q kihkihkih
Nampak tak tu? nampak tak, muka-muka excited! btw yg tudung biru tu si manis boradori Aza :P
Bersama *yeobong~~~ di sisi
Beberapa fansites unnie yg ada ^^
**to be continued......












0 comments:
Post a Comment