Assalammualaikum!!
oh my.. lama nya Q tak update blog Q ni.. almaklum Q masih lagi terkapai-kapai dalam membiasakan diri dengan jadual dan 'lifestyle' orang bekerja (T^T)...So selepas terjaga dari lena yang panjang serta kesedaran seperti semakin lama terasa diri seperti robot hidup, bangun..makan..pergi kerja..tidur..then bangun balik..(begitu la kitaran hidup Q selama setahun bekerja ni) Q mula rindu balik nak tulis blog, untuk melepaskan segala bebanan stress dan nak balik rasa *finally aku bahagia dan happy daaaaaaan ada perasaan!!
So gagah kan diri jugak la edit bagi nampak baru sikit! hihi now.... baru ada feel untuk update entry baru, Ahaks!!
So tak payah bebel panjang, kali ni Q nak tulis Q punya review tentang drama :
Good Doctor (2013)
Okey kena admit, Q sangat-sangaaaaat sukakan drama ni! Lagi2 bila Q sedang hadapi masalah,
Q memang jenis orang yang akan mencari drama atau bahan bacaan *jenis motivasi* kalau Q feel down. Bukan apa, kadang kalau jumpa drama atau bahan bacaan yang betul, automatik Q akan terinspirasi dan akan buka minda Q ni luas2 bagi tepuk sikit kat dahi ni *tengok!!! masalah kau bukan besor mana pun! kau jek pikir dia besar macam gajah, padahal macam semut jek!* errr lebih kurang begitula hehehe
Apa yang menarik dalam drama ini adalah, selalu kita akan lihat setiap drama akan menampilkan watak hero yang hampir sempurna (handsome, kaya, romantik, gentelman.. etc) hihi i know you gais already knew what im talking about, as simple like kite selalu panggil *breathtaking character*
TAPI!!! jeng..jeng..jeng..
Dengan berani nya,drama Good Doctor ni menampilkan hero yang menghidap syndrome *Austisme Savant*
Doctor Park Shi On yang dilakon kan oleh Joo Won, merupakan penghidap syndrome Austisme Savant, boleh dikatakan peluang dia untuk menjadi seorang doctor adalah sangat tipis, memandangkan penghidap Austisme Savant ni merupakan individu yang sering menghadapi masalah dalam komunikasi emosi dan perhubungan sosial. Namun disebabkan Shi On berjaya selamatkan seorang kanak-kanak di tempat awam, dia di berikan peluang selama 6 bulan untuk membuktikan kemampuan dia.
Dalam drama ni dia banyak menekan kan kesungguhan Doctor Park Shi On untuk membuktikan pada orang ramai, juga mendapatkan kepercayaan dari rakan sekerja serta keluarga2 pesakit.
Lagi Q rasa menarik sangat drama ni apabila watak Doctor Shi On jatuh cinta dengan Doctor senior, iaitu Doctor Yeon Seo,
Okey part ni memang comel sangat! Rasa boleh bagi tabik spring sangat dekat Joo Won sebab dapat lakonkan watak Doctor Shi On ni dengan sangat berjaya. (Manatak nya Joo Won ada beritahu dalam variety show : happy together macam mana dia research bukan setakat baca tentang Autisme Savant ni, dia juga pergi ke pusat Austisme Korea untuk merakam gaya badan serta cara penghidap Austisme berkomunikasi)
Dengan drama ni, Q dapat tahu banyak sangat maklumat tentang Austisme Savant ni, cara mereka berjalan, cara bercakap, kemampuan mereka berfikir secara logik dan membuatkan mereka tidak mampu berbohong, serta bagaimana reaksi penghidap austisme savant ini bila dia sedang resah dan takut.. semuanya ada dalam drama ni!
Apa yang Q boleh simpulkan... Drama ni penuh dengan mesej dan aura positif yang kita boleh serap! Karakter-karakter yang ditampilkan, jalan cerita yang menarik walapun ada part ketika penukaran saham hospital tu agak membosan kan sedikit, tapi... masih lagi berbaloi untuk menonton!
Beberapa dialogue dalam Good Doctor yang Q rasa sangat bermakna :)
#Ad masa ad mood Q update review drama laen pula yer! anyeong!! ^^






