Wednesday, 30 December 2015

INFINITE EFFECT 2015 in SG : Part 2





Assalammualaikum! 

Yu~~ huuu~~ i'm back!! So glad i have such a good mood to continue bout my lil journey :) yehaaa!
ok jom lah! jom kita sambung balik :)


Di sebabkan ni pengalaman pertama kami pergi ke konsert, agak terpinga-pinga jugak lah, naseb baik lah ada tulis besar-besar nombor tiket tu. Hihi tapi agak terkezut jugak,  rupa-rupanya sebelum nak enter concert hall ni para staff a.k.a bodyguard ni akan cek semua isi perut mak nenek beg kita. So dalam situation ni, Q telah pon kerugian roti Gardenia Ikan bilis Q (T^T) hahahahaha *please eat that bread healthily mr.guard* 

Masuk jer dalam concert hall, pihak staff dah mula pasang video-video INFINITE! Konsert belum start lagi, Q n Aza da sibuk nyanyi-nyanyi. kihkihkih XD


Ni la suasana sebelum konsert bermula, tirai pon masih belum turun (>,<) hihihi 

Tepat pukul 7.30 p.m trailer INFINITE EFFECT mula ditayangkan! masa ni jangan cakap lah, Q n Aza da menjerit sakan, hahahaha punya excited kan, Habis sahaja trailer, kami dah mula nampak bayang-bayang INFINITE belum sempat pejam mata lagi, tirai dah diturunkan! Terus keluar background lagu kegemaran BTD!! 

Rasa macam kena heart attack tau, tak sempat nak prepare jantung, INFINITE terus keluar pulak tu terus la perform lagu power BTD kan, Q jadi panik sampai tak tahu nak fokus kat siapa (-,-)" padahal setiap kali tengok video dulu first sec jer dah cam dah mana L kesayangan! tapi bila tengok live ni, Q sampai tak tahu nak fokus siapa, semua Q nak tengok! hahaha 
Kalau boleh di pilih stage kegemaran Q pada malam tu, Q akan pilih moonlight, love letter, paradise, the chaser, bad dan back. Tapi sebenarnya semua stage adalah daebak!! huhu Sebab apa Q cakap macam tu? Q n Aza langsung tak rasa masa, tahu-tahu jer INFINITE dah pon perform lagu terakhir. Such a great experience INFINITE! perasaan masa tujuh-tujuh ahli INFINITE berikan penghormatan 'bow' mereka yang terakhir kepada kami (INSPIRIT)... tak dapat nak rungkai dengan kata-kata... 


 Minta maaf atas bad camera T^T i tak mampu pakai dslr u'olls~~ 



Boradori yang sibuk bagi lambaian terakhir *credit to kak fauziah*



Suasana bila semua nya berakhir.. jom lah melangkah semula ke dunia realiti (T^T)

As an international fans, Q sangat-sangat curious apa yang akan Q rasa bila lihat mereka di depan mata? I mean memang berbaloi ke untuk Q beli tiket mereka dan pergi sampai ke Singapore untuk melihat persembahan mereka? All that questions semua nya terjawab saat tu. 
Melihat dan mendengar mereka betul-betul di depan mata.. tak tahu nak bubuh dengan perkataan. Just wow... suara ot7 langsung tak berubah. feels yang bercampur baur, passion, emotional..Setiap lagu yang diorang perform memang orang cakap, bagi habis! Q rasa apa yang Q lihat mereka dalam video, personaliti mereka dalam variety show.. juz tak ada satu pon berubah, hahaha 

Pujian harus diberikan pada mereka! 
Walaupun penat dengan schedule yang sangat ketat dan padat, tapi all of them, give such a great performances, tak ada satu pon Q rasa rugi.

Suka tengok how Dongwoo get excited and playful that night, feels sad when hoya apologized to us coz he injurt his leg and cant dance, how charisma sungkyu is when he hit his high note plus sungkyu voice is... cant describe with words.. how woohyun soooo happy when theres yellow banner (INSPIRIT Singapore project) while he perform his solo stage, not to forget how cute sungyeol and sungjong is during INFINITE F's stage!! throwing all cute plushie toys.. And last but not least my cutie pie Kim Myungsoo.... L sangat playful malam tu, he use every chance he got to remind us that he is our darling L!! I cant forget L's gentleness toward fans, his voice during love letter and his dance during Moonlight stage! 

Tell me? macam mana nak terima keadaan yang ni semua dah berakhir?? T^T
Susah bagi kami untuk melangkah keluar dari konsert hall tu, Satu-satu nya wishlist kami yang dapat di capai dalam 2015, wishlist yang menyimpan 1001 maksud tersirat dalam diri kami. Mungkin bagi orang lain, wishlist ni nampak seperti childish, sedangkan...

Yeah.. kami ni dah mula begelar 'adult'. Sebenarnya, here we go, wishlist ni adalah penamat untuk kami meninggalkan dunia tanpa masalah kami. Pintu kebal yang kami cipta untuk kalis semua rasa perit dan bebanan stress untuk belajar bertatih dalam dunia 'orang dewasa' yang penuh dengan tanggungjawab dan perancangan dalam kehidupan. Banyak yang kami perlu korbankan untuk melangkah ke dunia dewasa ni, banyak juga air mata yang keluar kerana 'dunia dewasa' ni.. so, tak salah kan kalau kami buka pintu kebal untuk beri ruang bernafas dengan selesa? :) 

For aza... terima kasih sangat... thank you for always  walking beside me and holding my hands, im so glad that we came this far to meet our precious ot7 then, theres you with me together.. thank you for taking part in my sweetest memory :) i love you my chingu! my boradori!


Sisa saki baki memori yang berjaya dirakam dan dibawa balik :) 



our precious memory <3

#Lets just pray our next wishes will be achieve too! Misi mustahil jadi realiti :D


Monday, 28 December 2015

INFINITE EFFECT 2015 in SG : Part 1





Assalammualaikum! Hi u'olls~ *mmuah sikett* hahaha Q dah lama sangat nak update entry tentang WISHLIST Q yang sudah pon tercapai pada tahun 2015 ni tapi memandangkan Q ni individu yang menghidap penyakit angin ribut taufan pushh pushh dari bulan november bawaklah ke disember, mood pelangi dihujani bintang-bintang tetap jugak tak kunjung tiba. 
Jadi berbekal kan keazaman menggunung setinggi bukit everest Q berjaya tampor diri sendiri bagi sedar sikit! Hahaha yelah, tak mo la cerita wishlist yang best ni tersimpan buat pekasam sampai 2016 pulak kan? 

Haha dah! dah! Okeh! stop all that nonsense mumbling nyotnyet nyotnyet kan, jom lah terus direct to the point citer tentang macam mana Q berjaya pergi ke 2015 INFINITE 2nd WORLD TOUR INFINITE EFFECT in SINGAPORE!  

Okeh, ni lah abang-abang PINIT pujaan hati beta XD

Permulaan sahaja, impian wishlist kami ni hampir-hampir kecundang kerana pihak Woolim dah pon keluarkan announcement part 1 senarai negara-negara abang2 PINIT akan pergi, DAN tersangat lah sedih Malaysia tak pun tersenarai dalam announcement part 1.


Bermula dengan announcement ni, Q dan Aza mula la meroyan tengah malam, sebab kami memang pasang harapan yang tinggi untuk pergi konsert mereka, bayangkan lah kami mula membuat wishlist ni dari 3 tahun yang lalu (masa kami begelar student lagi) but now bila kami rasa boleh pergi sebab sudah pon bekerja abang-abang pinit ku xmo pulak datang ke Malaysia! whyyyy???? T^T  
Berminggu jugak kami berbincang sama ada nak tunggu sahaja 2nd Announcement in case ada lah miracle tetiba Woolim datang pulak Malaysia or cari jalan lain? atau lebih senang.. lupakan sahaja wishlist kami ni luput di telan tahun? sob..sob..sob..

Sebab tak puas hati punya pasal Q pon explore dan explore lagi, Q jumpa beberapa jalan yang best sama ada Jakarta or Singapore? So kami mula bincang (banyak kali) mana jalan yang mudah untuk kami pergi memandangkan kalau plan ni jadi , kira ini adalah trip pertama kami pergi jauh (luar negara). Then tambah lagi menakutkan macam mana nak bagitahu umi yang Q nak pergi Singapore or Jakarta untuk melihat abang-abang Pinit?? how? Jangan lupa faktor paling utama ongkos nya tuh, hihi

Tapi macam dah ditakdirkan *ececececeh!!* Q terjumpa satu fan base Malaysia yang uruskan bermula dengan pembelian tiket beserta dengan pengangkutan pergi balik ke konsert! kira whole pakej!  Dan tambah lagi melegakan untuk konsert INFINITE kali ini the whole concert are seated! Kira tak ada lah nak berebut or nak bersentuh sana sini yang tak patut kan? yeayyyy!


Dan bila semuanya kami rasa berjalan lancar seperti yang dirancang. Tiba-tiba, pihak fan base yang kami cadang untuk sertai ni  pendekkan masa untuk collection duit. huhu tambah MALANG lagi, kami berdua masih lagi belum terima gaji. Sebab masa tu Q dah pon pokai keluarkan duit untuk graduation day Q. Jadi kami terpaksa terima takdir mungkin kami memang tak dapat tunaikan wishlist kami. Masa ni dah redha dan fikir kami dah cuba sedaya upaya nak tunaikan wishlist ni tapi mungkin bukan rezeki kami kali ni. (T^T)

Beberapa hari lepas tu, nak ubat hati yang sedih merana ni, Q pon tengok lah page facebook AC Music Entertainment (pihak yang menguruskan konsert INFINITE di Singapore) saja nak tengok jualan tiket dan kedudukan kerusi di dalam konsert. 

Dan!!! Tetiba Q terjumpa seorang rakan yang masih lagi menjual tiket konsert INFINITE EFFECT untuk group Malaysia ^^ Thank you kak Aqilah, thank you pada page  (Infinite (인피니트) - Inspirit Malaysia) sebab uruskan semua tentang urusan pembelian tiket Q dan Aza hihi..tanpa akak, wishlist kami ni kelaut agak nya, hahahaha !!! maka apa lagi kan? ber huhuhu hahahaha senyum kambing lah kami selama sebulan lebih menantikan tarikh untuk berjumpa abang-abang Pinit! Infinite oppa!!! here we come!!!! 

Our precious ticket!kyaaaaa  naseb la tak lunyai sebab habis dipeluk ditatap direnung oleh Q 


Minggu akhir sebelum Q nak pergi ke konsert bersama Aza sebenarnya banyak sangat cabaran,yang Q kena hadapi. Q kena yakinkan umi yang Q can take care of myself beside I have my best buddy Aza with me, pastu kena tahan sikit telinga mendengar bebelan abang Q (naseb anak bongsu) dan tambah membuatkan Q jadi gila bila ada masalah dengan bos kedek Q tu. Tak lupa jugak dengan mata wang kita  yang jatuh, juz pikir how much yang Q kena convert untuk bajet kesana! Sadis betul! 

But hey, semua tu Q jalani dengan penuh senyuman sebab i will meet my other half Aza serta abang-abang Pinit ku!!! Demi wishlist kami!! 



13 November 2015 : 
Pejam celik, pejam celik hari yang kami nantikan dah pon tiba! Tak tahu macam mana nak cakap the whole day rasa macam bermimpi jer, juz imagine kurang 24 jam lagi Q akan jumpa depan mata Q then Q akan tengok diorang perform live!! 

tiket konsert? Adaaaaa! passport? Adaaaa! Instax mini8? Adaaaa!! So apa tunggu lagi? lets go bebeh! 


Sampai sahajadi Larkin, Q n Aza sama-sama menunggu kak Fauziah untuk pergi ke JB Sentral, Kak Fauziah ni Q juz kenal di dalam group Inspirit Malaysia :)
Taraa!! yang pakai tudung bebunga tu, inilah kak Fauziah yang comel tu, actually kami baru jer jumpa beberapa minit masa pic ni di ambil, tapi masuk kereta kak fauziah jer, masing-masing bercerita pasal abang-abang pinit ni. hahaha *believe me this happen bila berjumpa dengan fan girl yang minat same group!*

Lebih kurang dalam pukul 5, kami dah pun sampai di SUNTEC Singapore! kondisi hati masa ni jangan cakap la, berdebar sangat! Paling best bila semua masalah automatik lupa, tertinggal kat Malaysia agaknya! hehehe Q n Aza masing-masing tak reti duduk diam, that time kami rasa ayat tiga tahun lepas macam berputar jer dalam otak, teringat zaman masa kami karaoke dalam rumah sewa dan berangan untuk lihat sama-sama INFINITE perform live di depan mata. But now semua tu akan happen tak lama jer lagi! huwaaaaaaa *jerit sepenuh hati* 

Sampai sahaja kami di SUNTEC Singapore, kami terus jer naik ke 6th floor. Sampai di situ Q dah mula nampak ramai manusia spesis Q n Aza berkumpul hahaha!! 
Suasana memang meriah! Banyak fansite-fansite unnie yang jual goodies kat luar konsert hall, ada juga crew staff yang jual INFINITE Official Merchandise eh banyak lagi! *tak dapat nak ungkap dengan kata-kata suasana masa tu* Meh Q belanja siket gambar kat situ :

Posing sekejap depan gamba pujaan hati pengarang jantung intan payung purnama mengambang Q kihkihkih

Nampak tak tu? nampak tak, muka-muka excited! btw yg tudung biru tu si manis boradori Aza :P

Bersama *yeobong~~~ di sisi 


Beberapa fansites unnie yg ada ^^



**to be continued......





Saturday, 17 October 2015

K- Drama : Good Doctor Review







Assalammualaikum!!

oh my.. lama nya Q tak update blog Q ni.. almaklum Q masih lagi terkapai-kapai dalam membiasakan diri dengan jadual dan 'lifestyle' orang bekerja (T^T)...So selepas terjaga dari lena yang panjang serta kesedaran seperti semakin lama terasa diri seperti robot hidup, bangun..makan..pergi kerja..tidur..then bangun balik..(begitu la kitaran hidup Q selama setahun bekerja ni)  Q mula rindu balik nak tulis blog, untuk melepaskan segala bebanan stress dan nak balik rasa *finally aku bahagia dan happy daaaaaaan ada perasaan!!

So gagah kan diri jugak la edit bagi nampak baru sikit! hihi now.... baru ada feel untuk update entry baru, Ahaks!!

So tak payah bebel panjang, kali ni Q nak tulis Q punya review tentang drama :

 Good Doctor (2013)


Okey kena admit, Q sangat-sangaaaaat sukakan drama ni! Lagi2 bila Q sedang hadapi masalah, 

Q memang jenis orang yang akan mencari drama atau bahan bacaan *jenis motivasi* kalau Q feel down. Bukan apa, kadang kalau jumpa drama atau bahan bacaan yang betul, automatik Q akan terinspirasi dan akan buka minda Q ni luas2 bagi tepuk sikit kat dahi ni *tengok!!! masalah kau bukan besor mana pun! kau jek pikir dia besar macam gajah, padahal macam semut jek!* errr lebih kurang begitula hehehe

Apa yang menarik dalam drama ini adalah, selalu kita akan lihat setiap drama akan menampilkan watak hero yang hampir sempurna (handsome, kaya, romantik, gentelman.. etc) hihi i know you gais already knew what im talking about, as simple like kite selalu panggil *breathtaking character*

TAPI!!! jeng..jeng..jeng..

Dengan berani nya,drama Good Doctor ni menampilkan hero yang menghidap syndrome *Austisme Savant*

Doctor Park Shi On yang dilakon kan oleh Joo Won, merupakan penghidap syndrome Austisme Savant, boleh dikatakan peluang dia untuk menjadi seorang doctor adalah sangat tipis, memandangkan penghidap Austisme Savant ni merupakan individu yang sering menghadapi masalah dalam komunikasi emosi dan perhubungan sosial. Namun disebabkan Shi On berjaya selamatkan seorang kanak-kanak di tempat awam, dia di berikan peluang selama 6 bulan untuk membuktikan kemampuan dia.

Dalam drama ni dia banyak menekan kan kesungguhan Doctor Park Shi On untuk membuktikan pada orang ramai, juga mendapatkan kepercayaan dari rakan sekerja serta keluarga2 pesakit.

Lagi Q rasa menarik sangat drama ni apabila watak Doctor Shi On jatuh cinta dengan Doctor senior, iaitu Doctor Yeon Seo,

Okey part ni memang comel sangat! Rasa boleh bagi tabik spring sangat dekat Joo Won sebab dapat lakonkan watak Doctor Shi On ni dengan sangat berjaya. (Manatak nya Joo Won ada beritahu dalam variety show : happy together macam mana dia research bukan setakat baca tentang Autisme Savant ni, dia juga pergi ke pusat Austisme Korea untuk merakam gaya badan serta cara penghidap Austisme berkomunikasi)

Dengan drama ni, Q dapat tahu banyak sangat maklumat tentang Austisme Savant ni, cara mereka berjalan, cara bercakap, kemampuan mereka berfikir secara logik dan membuatkan mereka tidak mampu berbohong, serta bagaimana reaksi penghidap austisme savant ini bila dia sedang resah dan takut.. semuanya ada dalam drama ni!

Apa yang Q boleh simpulkan... Drama ni penuh dengan mesej dan aura positif yang kita boleh serap! Karakter-karakter yang ditampilkan, jalan cerita yang menarik walapun ada part ketika penukaran saham hospital tu agak membosan kan sedikit, tapi... masih lagi berbaloi untuk menonton!

Beberapa dialogue dalam Good Doctor yang Q rasa sangat bermakna  :)






#Ad masa ad mood Q update review drama laen pula yer! anyeong!! ^^


Friday, 31 January 2014

Melaka kami datang !!

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum semua! weee~~ wee~~~ ahahaha okey2 Q tahu, Q dah lama sangat tak update blog Q ni.. uwarghhhh dah bersarang!! dah berhabuk dah!! meh.. meh sapu sikit! huuusshiii~~ hussshiii~~ 
 Ekcelli Q tersangat lah cbuk dengan pelbagai aktiviti,  almaklum Q ni final year student kan? harap faham.. haiiiiiiit~~~~ so, untuk ntry ni Q nak cerita first vacation Q n the geng dekat MELAKA!!! yoooohoooo~~~ okey sebenarnye kisah percutian ni telah berlaku beberapa buln yg lalu.. peduli lah kan? so...yokkkk scroll down lg!! 

Okey mule2 nak cerita kenapa MELAKA? belajar dkt PERAK n then kenapa pilih MELAKA? untuk soalan ini sebenaunye... tiada sape pon ntara kami 4 org yg mempunyai lesen.. miahahaha so, MELAKA lah tempat yg anda boleh pergi kemana-mana dengan kuasa "KAKI" anda!! dan MELAKA juga tempat percutian yg sangat2 cantik + murah !! okey kami student kan?? ongkos nya enggak ada sih.. (=..=)'
hahha...  


okey ni memang tempat yg kalau pergi MELAKA , mesti kena singgah!! A Famosa... A Famosa dengan hotel kami tersangat lah dekat! boleh jalan kaki jek...  kawasan sekitar A Famosa pon ada banyak tempat2 yang best boleh tengok n amik gambar.. Ada muzium.. bangunan pulak, sangat klasik dan lawa! 

Di sebelah malam pulak kami memilih untuk menaiki River Cruise... River Cruise ni memang best kalau naik pada waktu malam... lampu2 dan kafe2 di tepi sungai memang cipta suasana romantik! (mohon jangan gelak) haha..oke! ini serious! Q sendiri rasa macam sweet sgt permandangan yang ada waktu tu... It was so amazing n mesmerized me...
  

MELAKA... I'm totally fallin in love with u... :) Q sampai terfikir babak2 yang Q sangat suka dalam drama Korea, arghhhhh totally berangan je lah! Tapi Q terfikir " Bestnye kalau something great n sweet happen kat cni?? " =3=

em... Percutian Melaka tamat! haha ringkas sgt ey? Q nak cerita banyak lagi.. tp Q rasa Q bukan org yang boleh cerita melalui tulisan la.. Q jadi kelu nak tulis ap.. dan akhir sekali end up dengan entry baru yg tersangat lah pendek! hahaha memang membosankan! kan? nge~~ 


p/s : Guys.. simpan kenangan kite dalam2 dalam hati..  
In sya allah.. hubungan kite kekal sampai bile2.. sayang anda2 semua kerana Allah.. ikhlas dari lubuk hati yg paling dalam..dalam lagi... hahahaha  




Thursday, 12 December 2013

Be Yourself ! Be confident !

Assalammualaikum , untuk entry yang ke 2 , Q akan kongsi pendapat Q megenai PERSONALITI . Q percaya semua manusia di muka bumi Allah ini mempunyai PERSONALITI mereka yang tersendiri. Namun ada segelintir dari kita yang masih mencari - cari PERSONALITI mereka trsendiri dan ada jugak yang keliru dengan PERSONALITI masing-masing. 
Pernah tak terasa macam diri aku ni pelik.. diri aku lain daripada orang lain.. emmm kenapa aku tak berfikir seperti mereka? kenapa aku lain?? soalan - soalan ni kadang - kadang selalu wujud dalam diri Q. Tapi bila fikir balik kalau semua di muka bumi ni memikirkan benda yang sama tak ada lah inovasi dan segala benda alah yang canggih manggih serta kreatif kan? Ada banyak hikmah kenapa Allah cipta setiap manusia berbeza-beza pemikirannya . No having any different for me is boring! be Unique! Show ourself ! Be confident ! Selagi apa yang kita buat tak melanggar hukum Allah , ianya tak mendatangkan masalah pon! Percayalah! tak perlu risau dengan pandangan dan persoalan dari orang sekeliling! 
Soal persoalan dan pandangan. 2 benda ni tak pernah berpisah dalam hidup kita. Q jamin adakalanya kita sendiri rasa rimas dengan pandangan orang dan persoalan2 dari mereka2 yang dipanggil kepochi ni.. kadang - kadang Q rasa macam nak gigit jek semua manusia ni.. tapi apa guna nya kan ? kalau gigit diorang a.k.a kepochi ni rase macam berry berry strawberry ke macam aiskrim vanilla ke tak pe jugak kan! so.. apa yang kita boleh buat?? 
Jawapan dia... SABAR ! 
SABAR dan merintih lah pada Nya.. 
Peduli kan segala pandangan aneh dan persoalan yang merimaskan dari golongan Kepochi2 ni.. 
Cuba pandang ke langit.. senyum.. dan pegang dada.. Pejam mata dan rasakan setiap denyut nadi jantung kita.. Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan risau untuk jadi pelik.. malah buktikan pada mereka menjadi pelik adalah unik dan istimewa :) 
bersyukur dengan kurniaan yang diberikan... dan..menikmati segala kurniaan yang di pinjam dari Nya.. 
jom! jom! sebut ALHAMDULILLAH sama2x :)
dan jerit....

Saya boleh! Fighting!! >,<"

#p/s --> sebnrnye post ni berbalik pd Q sendiri yang mengalmi kekurangn keyakinan untuk menyandang tugas dan jawatan yg dberikan oleh rakan2 Q .. Q harap semuanya berjalan dengan lancar untuk semester akhir ni.. bye semua !